Thursday 12 April 2018

Sky Of Love

Assalamualaikum
Annyeonghaseyo

Japan Movie Review

Related image


Image result for miura haruma sky of love

Miura Haruma Sevagai Hiro Sakurai

Related image
Yui Aragaki sebagai Mika Tahara

Sinopsis ringkas

Hiro Sakurai dan Mika Tahara bersekolah di sekolah yang tetapi yang membezakan mereka hanyalah kelas mereka. Hiro Sakurai adalah seorang pelajar yang nakal dan selalu mempermainkan gadis di sekolah. Manakala Mika Tahara pula adalah seorang gadis yang sangat lembut. Dia tidak pernah mempunyai pasangan.

Mereka berjumpa pertama kali di koridor kelas. Sejak itu, Hiro Sakurai berusaha menarik perhatian Mika Tahara. Dia sentiasa menelefon Mika tanpa memberi tahu siapa dirinya. Mereka akhirnya menjadi kawan di telefon sehinggalah dia mengajak Mika berjumpa dengannya sebagai hadiah harijadi. Sesungguhnya gadis itu ingin tahu siapa lelaki yang sentiasa bercakap dengannya di telefon setiap hari. 

Apabila Mika tahu siapa lelaki yang menjadi kawannya di telefon, dia segera berlalu kerana dia tidak ingin berkawan dengan pelajar yang popular sebagai pelajar nakal. Hiro pula tidak menghalangnya kerana dia tahu Mika tidak akan menerimanya sehinggalah Mika yang menegurnya bila dia melihat lelaki itu menyiram tanaman di sekolah. Sejak hari itu, Hiro dan Mika menjadi pasangan. Baginya Hiro tidaklah seburuk seperti yang pelajar di sekolahnya katakan. 

***
Mika di sahkan mengandung anak Hiro dan itu membuat ibu bapa Mika Tahara terkejut di tambah lagi ibu bapa Mika mengalami masalah mereka sendiri. Demi membukti rasa sayangnya pada Mika, Hiro memohon pada ibu bapa Mika untuk tidak menyuruh gadis itu mengugurkan kandungannya tetapi kandungan itu tidak berumur panjang kerana Mika keguguran tepat pada hari christmas.

Setelah tamat sekolah menegah, perangai Hiro berubah kepada perangai yang lama. Dia berusaha membuat Mika supaya berhenti mencintai tetapi gadis itu tetap dengan pendiriannya. Dia tidak ingin meninggalkan lelaki itu. Tetapi lelaki tetap ingin Mika meninggalkannya dan mereka akhirnya putus. 

Setelah Mika Tahara masuk ke university, seniornya meluahkan perasaannya tetapi Mika hanya menganggap lelaki itu sebagai kawan kerana dia masih memikirkan Hiro Sakutrai

Mika masih tidak tahu apa yang terjadi pada Hiro sehinggalah dia tahu dari kakak Hiro Sakurai bahawa lelaki itu mengidap cancer yang mungkin akan membunuhnya. Dia bergegas ke hospital dan bertegas akan menjaga lelaki itu walaupun Hiro tidak menghiraukannya pada awalnya.

Akhirnya, Hiro Sakurai meninggal dunia dan itu membuat Mika Tahara sangat tertekan sehingga dia ingin membunuh diri tetapi dirinya di halang oleh sekumpulan merpati. Dia percaya itu disebabkan oleh Hiro Sakurai. 

Related image

Image result for sky of love

Related image

Related image

Related image

Image result for sky of love

Related image

Image result for sky of love

~The End~

Annyeong

No comments:

Post a Comment