Sunday 15 April 2018

Princess and The Matchmaker

Assalamualaikum
Anyeoghaseyo

Related image

Selamat berkerja pada yang berkerja dan selamat bersekolah pada yang bersekolah. Mood sis happy sikit pagi ni sebab dia tersenyum lebar dengan sis tadi even sis tidak nampak mukanya :D

Hari ni mau buat review korean movie yang sudah release rahun ni. Kali ni genre history bukan modern k. Sis pun minat juga movie bergenre history ni even tidak semua lah. 

Kamu pernah nonton Princess and The Matchmaker? Hah! Kalau belum sis suggest kamu nonton sebab movie ni sis bagi rate 7/10. Tapi nonton dulu la sebab pandangan kita tidak sama kan. 

So! Let's start....


Movie ini dibintangi oleh 

Lee Seung Gi sebagai Seo Do Yoon
Shim Eun Kyung sebagai Princess Songhwa
Yeon Woo Jin sebagai Yoon Shi Kyung
Kang Min Hyuk sebagai Kang Hwi
Choi Woo Shik sebagai Nam Chi Ho

Sinopsis ringkas

Movie ini berkisahkan tentang seorang Princess Songhwa yang di paksa berkahwin kerana percaya jika princess tersebut berkahiwn, negara mereka akan di turuni hujan setelah kemarau yang panjang. Tetapi sebelum berkawin, dia ingin melihat terlebih dahulu calon yang terpilih. Dia memutuskan untuk keluar dari istana untuk mencari tahu kriteria yang akan menjadi suaminya kelak.

Seo Do Yoon yang merupakan seorang peramal mengikuti puteri tersebut tanpa sengaja tanpa mengetahui bahawa gadis itu adalah seorang puteri istana. Bila semua kecurigaannya terbukti, barulah dia menyedari bahawa gadis itu adalah seorang puteri. 

Mereka akhirnya jatuh cinta tetapi malangnya itu sudah terlambat kerana Seo Do Yoon telah membuat ramalan palsu mengenai perkahwinan Puteri Songhwa dan Yoon Shi Kyung. Sebenarnya dia terpaksa kerana Gayoon lakonan Choi Min Ho dalam bahaya. Setelah semuanya selamat, dia pergi ke istana sebelum perkahwinan Puteri dan Yi Kyung. 

Akhirnya, Yi Kyung dan pengikutnya di jatuhkan hukuman bara api sampai mati dan Seo Do Yoon di buang negeri kerana memalsukan ramalan perkahwinan Puteri. Tetapi Puteri Songhwa memohon kepada raja untuk menghentikan pengasingan Do Yoon. Raja pun menyetujui tetapi dengan syarat Puteri Songhwa perlu di lucutkan statusnya sebagai Puteri istana.

Image result for princess and the matchmaker

Image result for princess and the matchmaker

Related image

~The End~
Annyeong














No comments:

Post a Comment