Thursday 3 November 2016

Scarlet Heart Ryeo

Annyeonghaseyo
Assalamualaikum

Malam ni aku nak story tentang korean drama yang baru saja melabuhkan tirainya iaitu Scarlet Heart Ryeo. Drama zaman dulu kala yang first time aku nampak dan teruja nak tunggu season 2. 

Moon Lover: Scarlet Heart Ryeo adalah korean drama yang di lakonkan semula oleh pelakon korea dari China ver. Drama ini mempunyai 20 episode dan 1 special episode. 

Image result for scarlet heart ryeo poster


Image result for scarlet heart ryeo poster

malam ni aku nak terangkan watak mereka satu persatu saja. Sinopsis penuh tu lain hari k. So kita mula dengan hero kita dahulu... 

Lee Jong Gi

Image result for scarlet heart ryeo poster

Lee Jong Gi memegang watak sebagai Wang So (Prince 4th)

Prince yang sangat di takuti pada awal episod. Dalam watak ni dia seorang yang pendiam dan nampak garang. Dia ada bekas luka pisau di bahagian bawah matanya akibat di toreh oleh ibunya sendiri (isteri raja) pada waktu kecil dan sehingga besar sangat di benci oleh ibunya. Dia memakai topeng untuk menutupi lukanya. Bakal penerus generasi Goryeo sebagai raja Gwangjong. 

IU

Image result for scarlet heart ryeo poster

IU memegang watak sebagai Hae Soo dan Go Ha Jin.

Go Ha Jin adalah nama sebenarnya sebelum dia pergi ke era Goryeo sebagai Hae Soo, sepupu kepada isteri prince 8th. Seorang yang sangat periang dan mahir dalam hal komestik kerana pada abad ke 21 dia berkerja sebagai juru jual kosmetik. Dia sangat di sukai dalam kalangan prince. Dia juga adalah ketua dayang selepas ketua dayang pertama di hukum bunuh. 

Kang Ha Neul

Image result for scarlet heart ryeo poster

Kang Ha Neul memegang watak sebagai Wang Wook (Prince 8th)

Prince Wook adalah cinta pertama Hae Soo. Wang Wook sebelum itu pernah berkahwin tetapi isterinya meninggal dunia kerana penyakit. Pada awal episode, Wang Wook seorang yang sangat baik hati tetapi dia berubah menjadi tamak untuk merebut takhta raja untuk membebaskan Hae Soo dari istana. Akhirnya dia di hukum tak boleh meninggalkan rumahnya seumur hidup. 

Byun Baekhyun (EXO)

Image result for scarlet heart ryeo poster

Baekhyun memegang watak sebagai Wang Eun (Prince 10th) 

Dia seorang yang periang. Seorang yang manja. Dia tak pandai menggunakan pedang. Wang Eun adalah prince yang sangat lembab berbanding semua prince. Dia di jodohkan oleh raja dengan anak seorang tentera iaitu Song Dook. Wang Eun sangat menyukai Hae Soo akibat dari pertengkaran mereka pada awal episode. Barang kesukaannya adalah lastik tetapi watak Wang Eun hanya sampai episode 16 sahaja. Dia di bunuh kerana pemberontakan kononnya ingin merebut takhta raja. 

Hong Jong Hyun

Image result for scarlet heart ryeo poster

Hong Jong Hyun memegang watak sebagai Wang Yo (Prince 3th)

Wang Yo adalah abang kepada Wang So. Dia seorang yang sangat bencikan Wang So sama seperti ibunya. Dia merancang bersama ibunya ingin membunuh Wang Mo (Crown Prince) dan menjauhkan Wang So dari istana supaya dia dapat menaiki takhta bila Raja Taejo mangkat. Seorang yang sangat mahir dalam berperang. Dia sanggup mengkhianati supaya menaiki takhta dan menjadi raja. 

Nam Joo Hyuk

Image result for scarlet heart ryeo poster

Nam Joo Hyuk memegang watak sebagai Wang Baek Ah (Prince 13th)

Prince yang sangat suka melukis dan bermain alat muzik. Pada awal episode dia menyukai isteri kepada Wang Wook (Prince 8th) dan pada akhir episode dia menyukai Woo Hee seorang pelacur kelas atasan yang pada awalnya seorang princess dari kerajaan yang sudah musnah akibat kerajaan Goryeo. Pada akhirnya dia adalah utusan kepada Raja Gwangjong. 

Ji Soo

Image result for scarlet heart ryeo poster

Ji Soo memegang watak sebagai Wang Jung (Prince 14th)

Wang Jung adalah prince yang juga periang. Dia adalah adik kepada Wang Yo (Prince 3th) dan Wang So (Prince 4th). Dia sangat di sayangi Dia juga menyukai Hae Soo kerana Hae Soo menyelamatkannya dari perompak. Prince yang mahir dalam berlawan dan akan menjadi ketua tentera untuk kerajaan. Sangat mahir menggunakan pedang. Wang Jung adalah suami kepada Hae Soo pada akhir episode. 


Yoon Sun Woo 

Image result for scarlet heart ryeo poster

Yoon Sun Woo memegang watak sebagai Wang Won (Prince 9th)

Wang Won sangat rapat dengan Wang Yo. Dia banyak membantu Wang Yo dalam hal hal pengkhiatan dalam istana. Dia juga salah satu orang yang bertanggujawab atas kematian Crown Prince. Wang Won akhirnya mati dengan meminum racun yang di sediakan oleh pengawal istana atas pengkhiatan yang dia lakukan. 

Kang Ha Na

Image result for scarlet heart ryeo poster

Kang Ha Na memegang watak sebagai Yeon Hwa.

Yeon Hwa adalah adik kepada Wang Wook (Prince 8th). Seorang yang sangat gilakan gelaran. pada awalnya dia menyukai Wang So tetapi cinta tidak berbalas. Pada masa yang sama Wang Yo melamarnya tetapi di tolak. Sehingga dia mengkhianati abangnya dan berkerjasama dengan Ratu (Ibu kepada Wang Yo, So dan Jung) untuk meracun Crown Prince. Pada akhirnya dia menjadi Ratu kepada Raja GwangJong (Wang So) dan memiliki seorang anak sebagai penerus keturunannya. 

Z. Hera

Image result for scarlet heart ryeo poster

Z. Hera memegang watak sebagai Park Soon Dook. 

Soon Dook adalah anak kepada ketua tentara di istana. Cinta pertamanya adalah Wang Eun (Prince 10th) dan mereka di jodohkan atas permintaan raja. Soon Dook sangat mahir bermain pedang dan dia selalu berlawan dengan Wang Jung (Prince 14th). Dia seorang yang tomboy (perangai seperti lelaki). Sangat sayang akan suaminya dan sanggup berbuat apa sahaja demi Wang Eun. Dia dan Wang Eun di bunuh pada Episode 16 atas pemberontakan yang mereka kononnya ingin lakukan. 

Seohyun SNSD

Image result for scarlet heart ryeo poster

Seohyun memegang watak sebagai Woo Hee.

Woo Hee dulunya adalah seorang princess tetapi kerajaannya musnah di sebabkan oleh kerajaan Goryeo. Dia adalah kekasih Wang Baek Ah (Prince 13th) dan merupakan gisaeng (pelacur kelas atasan). Woo Hee padanya adalah penari di Kerajaan Goryeo dan merancang ingin membunuh Raja Taejo untuk balas dendam kerana membunuh ibu bapanya tetapi Baek Ah menghalangnya. Dia dan Baek Ah merancang untuk menikah tetapi dia membunuh dirinya dengan terjun dari atas bangunan untuk keselamatan Baek Ah dan untuk menyatukan 3 kerajaan Baekjae, Silla dan Goryeo. 

Jin Ki Joo

Image result for scarlet heart ryeo poster

Jin Ki Joo memegang watak sebagai Chae Ryung. 

Chae Ryung pada awalnya adalah pembantu kepada Hae Soo sewaktu Hae Soo masih tinggal di kediaman Wang Wook. Selepas itu, Hae Soo menjadikannya dayang istana sekaligus pembantunya. Cinta pertama Chae Ryung adalah Wang Won (Prince 9th). Dia sanggup meracun Crown Prince dengan memasukkan racun kedalam air mandian atas perintah Wang Won. Dia juga berpura pura tak tahu membaca dan berbohong pada Hae Soo. Dia juga adalah mata mata di dalam istana atas perintah Wang Won. Pada akhirnya dia di bunuh dengan kejam iaitu di pukul sehingga mati seperti binatang oleh pengawal istana di saksikan oleh dayang dayang lain. Chae Ryung sebenarnya seorang yang baik hati tetapi dia terlalu mencintai cinta pertamanya sehingga dia sanggup berbuat apa saja. 

Kim Sung Kyun

Image result for scarlet heart ryeo poster

Kim Sung Kyun memegang watak sebagai Ji Mong. 

Ji Mong adalah orang kepercayaan istana. Dia adalah kawan baik kepada Crown Prince. Dia juga peramal yang tahu apa yang akan terjadi kepada para prince. Ji Mong sangat rapat dengan semua prince. Dia juga seorang pakar yang mencipta peralatan untuk kegunaan masa depan. Dia seperti mati di hidupkan kembali. di sebabkan oleh itu dia boleh tahu nasib nasib para prince di masa akan datang. 

Galeri -galeri :

Image result for scarlet heart ryeo poster

Image result for scarlet heart ryeo poster

Image result for scarlet heart ryeo poster

Image result for scarlet heart ryeo poster





No comments:

Post a Comment