Saturday 19 May 2018

Live Korean Drama

Assalamualaikum
Annyeonghaseyo

Korean Drama Sinopsis

Live (Korean Drama)-P1.jpg


Hai guys :) Selamat berpuasa for those yang berpuasa. Sorry lama tidak update. Hujung-hujung mauhabis praktikal ni kan memang busy sikit. Belum lagi presentation, report pun kena siapkan juga, buku log lagi. Haih! Penat la sis.

But! Busy sis pun tidak juga lupa nonton drama korea. Itu tidak boleh tinggal ok. Nasib baik di office tidak boleh nonton, kalau tidak lama sudah drama sis habis :D

Btw, hari ni sis mau update sinopsis drama korea "Live". For those yang tidak pernah nonton lagi, sis suggest kamu nonton. Walaupun heronya tidak la handsome mana (For me Kwang Soo tu handsome k). Ini drama Kwang Soo first yang sis nonton. Selalunya nonton juga tak follow sampai habis. Yang ini best sikit memandangkan sis memang suka action movie.


Watak dalam drama Live

Lee Kwang Soo sebagai Yeom Sang Soo
Jung Yu Mi sebagai Han Jung Oh
Bae Sung Woo sebagai Oh Yang Chon
Bae Jong Ok sebagai An Jang Mi

Live ni mengisahkan Yeom Sang Soo dan Han Jung Oh yang memilih untuk memasuki ujian menjadi polis selepas berputus asa mencari pekerjaan biasa. Mereka sangat berusaha belajar disebabkan ujian masuk dunia polis sangat susah. Akhirnya keputusan mereka setimpal dengan usaha mereka. Mereka berdua berjaya lulus dan di tugaskan di pejabat polis cawangan Hongil. 

Awalnya mereka sangat bersemangat kerana mereka akhirnya memiliki pekerjaan dan tidak lagi menjadi penggangguran tapi lama kelamaan mereka menjadi takut dengan dunia sebenar. Mereka berhadapan dengan pembunuhan, perampokan, penculikan, Perlecehan seksual dan banyak lagi sehingga melukakan mereka sebagai pengawai polis. 

Dalam diam Yeom Sang Soo menyukai Han Jung Oh tetapi sayangnya Han Jung Oh memilih Choi Myung Ho iaitu pengawai senior di situ. Mereka menjalinkan sekejap sahaja kerana Myung Ho masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya yang mati semasa bertugas dan Myung Ho juga tidak dapat menerima kisah silam Jung Oh yang semasa ia remaja pernah di perkosa. 

Yeom Sang Soo yang mengetahui kejadian itu mengambil kesempatan untuk mengambil hati Han Jung Oh dan perlahan-lahan kasih Han Jung Oh beralih pada Yeom Sang Soo. 

~The End~

*Banyak action dalam drama ni tapi sis tidak tahu mau cerita macam mana. So! What if kamu nonton. Ba ok la bye guys.....

Sinopsis untuk drama A Poem Day coming soon. Sis suda mau habis sudah nonton.... 

Related image

Related image

Image result for korean drama live

Related image

No comments:

Post a Comment