Sunday 8 April 2018

Love O2O

Assalamualaikum
Annyeonghaseyo

Hai guys :) Tidak tau mau buat apa di office ni. Bosan yang teramat.! Staff lain pula sibuk main game. So! Baik aku update blog kalau tidak tahu mau buat apa. 

Jadi hari ni aku mau buat sinopsis ringkas pasal drama chinese yanng di tayangkan 2016 ni. Actually this my first chinese drama yang aku nonton sampai habis dan episodenya tidaklah banyak betul. 

Image result for love o2o


Love O2O ni mengisahkan tentang pasangan yang berjumpa dalam game online 'Chinese Ghost Story'  (Actually game ni betul k. Banyak juga orang sudah main dan sudah banyak version).

Sebelum aku melalut panjang/ Apa kata kalau kamu tengok dulu watak-watak dalam drama ni. Sebab kalau aku cakap kamu tidak faham, tidak guna juga kan :D

Image result for love o2o


Yang Yang [ Xiao Nai]

Pelajar tahun akhir di University Qing yang mengambil course computer. Juga pemilik Zhi Yi Technology bersama tiga orang kawannya yang lain. 

Related image

Zheng Shuang [Bei Wei Wei]

Gadis cantik yang sangat menyukai game online. Pelajar tahun kedua di University Qing. 

Related image

Image result for love o2o cast drama

Dormmate sekaligus bestfriend Bei Wei Wei ada tiga orang. Mao Xiatong [Zhao Erxi], Qin Yu [Xiao Ling] & Songxin Jiayi [Tian Sisi]. 

Related image

Dormmate, Zhi Yi Technology patner Xiao Nai pula Niu Junfeng [Yu Banshan], Cui Hang [ Qiu Yonghou] & Zheng Yecheng [Hao Mei].

Related image

Vin Zhang [KO]. Hacker terkenal....

Related image

Hu Haobo [Ah Shuang]. Pelajar course linguistic yang menyukai Bei Wei Wei.

watak lain 

Zhang He [Zhen Shaoxing] ... Pasangan awal Bei Wei Wei dalam dunia game online.
Ma Chunrui [Meng Yiran] ... Sangat menyukai Xiao Nai tetapi Xiao Nai tidak pernah memandangnya.
Zhou Chenjia [Nana] ... Kwan kepada Meng Yiran. Gadis yang suka mengambil tahu urusan orang lain. 

***
Done dengan perkenalan watak-watak. Sinopsis ringkas ni aku buat based apa yang aku faham dari apa yang aku nonton. Kamu jangan pula kecam itu salah, ini salah k. 

.
.
.

Awal perkenalan Xiao Nai dan Bei Wei Wei adalah dari online game yang mereka mainkan bersama. Pada awalnya Xiao Nai yang tertarik Bei Wei Wei kerana kecekapannya memainkan game online. Secara diam-diam dia mengamati Wei Wei dari jauh dan mencuri pandang username yang Bei Wei Wei gunakan dalam online game. 

Related image

*Xiao Nai & Bei Wei Wei game online version

Bei Wei Wei pula pada masa itu baru sahaja di putuskan oleh pasangannya dalam game tu (Dalam Chinese Ghost game ni kamu boleh berkahwin untuk meningkatkan kemampuan kamu dalam permainan). Pasangan Bei Wei Wei pada awalnya adalah Zhen Shaoxing tetapi dia memilih untuk memutuskan Bei Wei Wei kerana gadis itu tidak mahu berpasangan dengannya di dunia sebenar. Pada saat itulah, Xiao Nai mengajak Bei Wei Wei untuk berkahwin dengannya di dalam game.

Selepas beberapa hari, Xiao Nai mengajak Bei Wei Wei untuk berjumpa dengannya di dunia sebenar. Awalnya Bei Wei Wei enggan tapi dia juga ingin berjumpa dengan Xiao Nai di dunia sebenar. Akhirnya dia sendiri yang terpegun. Dia tidak pernah menyangka Xiao Nai yang sangat popular di university adalah pasangannya di online game. 

Xiao Nai dan Bei Wei Wei akhirnya menjadi pasangan di dunia sebenar. Banyak orang yang cemburu dengan kebahagian mereka termasuklah Ah Shuang dan Meng Yiran. Ah Shuang menyukai Bei Wei Wei selepas dia tersilap menyebarkan fitnah kepada gadis itu. Yiran pula menganggap dirinya sangat layak bersama Xiao Nai kerana mereka berdua sama-sama popular di University. 

Selama mereka berpasangan, banyak perkara yang berlaku. Antaranya, Zhen Shaoxing datang semula kepada Bei Wei Wei selepas melihat muka sebenar gadis itu. Selain itu, Ah Shuang salah sangka kerana menganggap username yang dia dapatkan adalah username Bei Wei Wei tetapi sebenarnya itu adalah username Zhao Erxi. Kerana itu juga Bei Wei Wei dan Zhao Erxi bergaduh kerana Zhao Erxi berfikir bahawa Ah Shuang hanya mengunakannya untuk mendapatkan Bei Wei Wei padahal gadis itu sudah mula menyukai Ah Shuang.

Meng Yiran pula akhirnya sedar yang tidak akan mendapatkan Xiao Nai dan mengaku bahawa dia terlalu mengikuti apa yang di katakan oleh kawannya, Nana. 

Akhirnya, Xiao Nai memberanikan diri untuk melamar Bei Wei Wei dan datang berjumpa kedua ibu bapa gadis itu.

***
Sekian sinopsis ringkas yang aku aku boleh buat. Kalau kamu mau nonton drama ni. Kamu boleh download di Youtube dan subtitlenya di subscene. Drama ini mempunyai 30 episod.

Sebelum aku blah. Meh sini aku belanja kamu scene dorang yang roamantik. Kalau lah watak Xiao Nai ni ada di dunia sebenar, memang bertuah lah yang memilikinya. Ceh! Berangan la kau :D

 Image result for love o2o

微微一笑很倾城杨洋郑爽剧照电脑壁纸下载 Image result for love o2o

Image result for love o2o Related image

Related image Related image

Image result for love o2o Image result for love o2o

Related image Related image

Image result for love o2o Image result for love o2o

Ok la. Tu ja untuk hari ini. Aku mau cari drama yang best pula.....
See you guys in the next entry ... Bye :D

No comments:

Post a Comment