Wednesday 7 December 2016

Akan Datang Kdrama Sinopsis

Assalamualaikum
Annyeonghaseyo

Hi readers ~ malam ni saya nak bagi bagitau sinopsis kdrama yang akan saya buat. Now, saya tengah nonton The Legend of Blue Sea dan Goblin. Dua-dua drama yang best. berjaya menarik minat semua pengemar Kdrama. Hwarang: The Beginning pun akan tayang juga nanti. But untuk sekarang hanyar teaser je la dulu. 


7 first kisses webdrama pun tengah tayang sekarang. Nak dekat final ni memang banyak sangat drama yang keluar. Dah balik Tawau nanti ntah dapat tengok ke tidak. Based on wifi je la nampaknya. 

So, now saya akan bagi korang berkenalan dulu dengan drama-drama ni. 

1. The Legend of Blue Sea

Image result for the legend of blue sea

Watak hero dan heroin adalah Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun. 

Drama ni tayang setiap hari rabu dan khamis. So, kami yang tak pandai sangat dalam bahasa korea ni terpaksalah tunggu subtitles.Kebiasaannya subtitles akan keluar keesokannya harinya. 

Ringkasan cerita: Jun Ji Hyun adalah duyung yang telah jatuh cinta dengan manusia. Dia sanggup naik ke darat sebab nak berjumpa lelaki tu (Lee min Ho). Setakat ni drama ni baru tayang sebanyak 6 episode. 

2. Goblin (Deokkaebi)

File:Goblin (Korean Drama)-p1.jpg

Cast: Gong Yoo, Kim Go Eun, Lee Dong Wook, Yoo In Ha dan Yook Sung Jae (Btob)

Plot: Gong Yoo ni adalah goblin/deokkaebi. Kim Go Eun ni pula sebagai Ji Eun Tak (pengantin goblin). Nak dijadikan cerita, Goblin ni pernah selamatkan mak si Ji Eun Tak ni semasa dia masih dalam kandungan. Mamanya accident sebab langgar lari. Wang Yeo (Lee Dong Wook) pula adalah malaikat maut yang amnesia. sebab tu la orang panggil dia "Grim Reaper" dan Sunny (Yoo In Ha) pula adalah bakal bakal girlfriendnya. dan peran si Sungjae ni pula adalah anak buah goblin ni. dia sebenarnya dah tau Gong Yoo ni goblin masa umurnya 8 tahun tapi dia pendamkan je. 

Setakat ni drama baru tayang 2 episod. Tayang setiap hari Jummat dan Sabtu. 






No comments:

Post a Comment