Assalamualaikum
Annyeonghaseyo
Morning guys :) Lately ni sis rajin tengok movie sebab boleh la upload di sini. Sis akan buat sinopsis ringkas tentang movie ni.
Japan Movie
Closest love to heaven / Kyo no Kira Kun
Released 25 Febuary 2017
Adaptasi dari anime manga
Cast:
![Image result for marie iitoyo](https://alchetron.com/cdn/marie-iitoyo-c0240eaa-6589-40e3-acd0-df5de10ec1a-resize-750.jpeg)
Marie Litoyo sebagai Okamura Ninon
![Related image](https://vignette.wikia.nocookie.net/drama/images/4/47/Nakagawa_Taishi_3.jpg/revision/latest?cb=20170425041404&path-prefix=es)
Taishi Nakagawa sebagai Kira Yuiji
![Image result for shono hayama](https://i.mydramalist.com/0wvw6c.jpg)
Shono Hazama sebagai Yabe Kazuhiro
![Related image](https://i.pinimg.com/originals/ba/6a/c7/ba6ac77661371ee946c5f4622765b094.jpg)
Yuna Taira sebagai Uchida Rei
Sinopsis ringkas
Kira Yuiji adalah seorang pelajar sekolah menengah yang menghidapi penyakit jantung dan doktor mengesahkan dia hanya dapat bertahan setahun saja. Manakala Okamura Ninon pula adalah gadis yang juga bersekolah di sekolah yang sama dengan Yuiji Kira. Dia tidak memiliki kawan kerana semua pelajar menganggapnya pelik disebabkan oleh gaya rambut yang dia gunakan dan juga hobinya yang suka mengait benang.
Okamura Ninon berjanji dengan Yuiji Kira bahawa dia akan bersama dengan lelaki itu selama 365 hari. Awalnya Kira menyetujuinya tanpa perasaan cinta tapi perasaan itu muncul perlahan lahan dan dia jatuh cinta pada hari jadi mereka berdua. Rei juga menghidapi penyakit yang sama tetapi penyakit beransur pulih selepas pembedahan. Dia sebenarnya menyimpan perasaan pada Kira tetapi Kira hanya menganggapnya sebagai adik yang sebilik dengannya semasa mereka di rawat di hospital. Yabe yang pertama kali bertemu dengan Rei telah jatuh cinta dan dia berusaha untuk memenangi hati gadis itu.
Ayah Ninon tidak menyetujui hubungan anaknya dengan Kira kerana dia tahu bahawa lelaki itu mempunyai penyakit dan dia takut bila Kira sudah tiada nanti, Ninon sukar untuk melupakannya. Kira yang redha telah hilang tanpa jejak dan akhirnya dia kembali setelah Yabe memujuknya. Dia berjanji dengan Ninon yang dia akan melakukan pembedahan jantung.
Akhirnya dia ke Amerika untuk melakukan pembedahan dan kembali semula bila pembedahannya berjaya.
![Image result for closest love to heaven 2017](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhB0Oz1UpXtPaoi014t7Ft4DlmRp_LK0Kw8pkBD1NKaOl2FIvdSXg4gDHXa5R7vrE6p6X8POm0xrCIddxTVBBGpmwS-J46guj-BbMZ2gRaUyTxTuNUY2qd0vYcTrMRYLSCw99sUCaOFeEs/s320/Wibusubs_Closest.Love.to.Heaven.2017.mp4_20170826_130834.436.png)
Style rambut Okamura Ninon sebelum dia memotong poni rambutnya.
![Image result for closest love to heaven 2017](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH98rsJs5QLbNvyluw9da0m619I_aWAUy6SBRAu5lYXvZW3GgzboFTAwiit5GOta__G89v6ABx_9cR8RrjrpVgDlbKFD95iPJ3TUzRDj7ouPx-o4UFGesEnECE9Rcx6-ixyr_2LcE_LNI/s320/Wibusubs_Closest.Love.to.Heaven.2017.mp4_20170826_131022.132.png)
Okamura Ninon dan Yuiji Kira ketika di Zoo.
![Image result for closest love to heaven 2017](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEid3gBXB8hUjXoijXLSXTEvZ41sHfpbWEW69DXbEV3sEiul6E_A_xcMRbtIGB7RVzP8lHh7GTUzvmav9d2cS6n0OcO4JQD59rTcSng3oRmSJlb3vcMz54gJZnCRaurfIEQaSp11GWS5RbI/s320/Wibusubs_Closest.Love.to.Heaven.2017.mp4_20170826_131046.497.png)
![Related image](https://image.tmdb.org/t/p/original/z74MNk2wiKBgiQjn4KUv73VvwXk.jpg)
~The End~
Annyeong
No comments:
Post a Comment