Saturday 12 November 2016

Wolf Girl and Black Prince movie 2016

Assalamualaikum
Annyeonghaseyo

Annyeonghaseyo readers ~~ entry kali ni admin nak cerita tentang satu lagi movie jepun yang admin je nonton. Movie ni released tahun ni juga (2016) dan juga di adaptasi dari manga. So macam biasa. Admin akan share profile pelakon dulu then baru admin buat sinopsis k. 

Wolf Girl and Black Prince

Image result for wolf girl and black prince movie


Image result for wolf girl and black prince movie

Image result for wolf girl and black prince movie


Image result for wolf girl and black prince movie

Nama : Kento Yamazaki
Birth date : 7 September 1994
Birth date : Itabashi, Tokyo
*dia memegang watak sebagai Kyouya Sata
*student yang popular dan mybe sombong. 

Image result for wolf girl and black prince movie
Nama : Fumi Nikaido
Birth date : 21 September 1994
*Dia adalah actress dan model
*Dia pernah mendapat Best Young Actress (Wow !!)
*Dalam movie ni dia memegang watak sebagai Erika Shinohara

Sinopsis

Erika (Fumi Nikaido) sanggup berbohong jika dia sudah mempunyai boyfriend tapi kenyataannya dia tak mempunyai orang dia suka langsung. Dia melakukan semua itu kerana dia ingin ada geng di dalam kelas. Dia sebenarnya takut jika tidak mempunyai sesiapa pun di dalam kelas. Sebab itu la dia mereka cerita tentang boyfriendnya. Selain itu, semua kawannya juga sudah mempunyai friend dan itu membuat dia sedikit jealous. 

setiap hari telefon Erika akan berbunyi dan dia akan berkata itu panggilan dari boyfriendnya tetapi sebenarnya itu adalah panggilan dari sahabatnya yang berlainan sekolah dengannya. Dia yang meminta begitu supaya gengnya percaya padanya. Bila dia sedang berada di tandas, geng nya juga memasuki tandas yang sama. Mereka menganggap kalau Erika menipu kerana Erika langsung tak pernah memperkenalkan boyfriendnya pada mereka. Hal itu membuat Erika teringin untuk menunjukkan boyfriend. Dia bercadang untuk mengambil gambar seorang lelaki dan menujukkan pada gengnya supaya mereka percaya kalau dia tidak berbohong. 

Semasa makan bersama sahabatnya, dia melihat lelaki handsome sedang berjalan. Dia bercadang untuk mengambil gambar lelaki itu sebagai bukti. Tetapi tanpa dia ketahui lelaki itu juga satu sekolah dengan dia iaitu Kyouya Sata (Kento Yamazaki). Dia terpaksa menceritakan semuanya pada Kyouya dan Kyouya setuju untuk menjadi fake couplenya tetapi dengan syarat, Erika kena menjadi anjingnya (orang suruhan). 

Image result for wolf girl and black prince movie
*Scene di mana Erika baru tahu kalau Kyouya juga satu sekolah dengannya

Sejak hari itu, bermula kisah hidup Erika yang seperti anjing. sanggup melakukan apa sahaja supaya Kyouya hendak menjadi fake couplenya. Bila cuti musim sejuk, geng Erika pergi bercuti dengan boyfriend masing-masing. So dia mengajak Kyouya untuk keluar dating dengannya. Kyouya bersetju tanpa Erika tahu sebenarnya Kyouya sedang demam. Esoknya Kyouya langsung tak kesekolah dan itu membuat Erika pergi ke apartment Kyouya. Alamat Kyouya dia dapatkan dari Takeru, iaitu kawan baik Kyouya. 

Sejak peristiwa dia terlalu caring dengan Kyouya, dia perlahan lahan jatuh cinta. Dia pernah meluahkannya pada Kyouya tapi lelaki itu menolaknya dan berkata itu semua salah faham. Bgainya Erika hanya anjingnya sahaja. Erika tak putus asa, dia terus berusaha membuat Kyouya supaya mencintainya juga. Dia merancang untuk meluahkannya sekali lagi pada Kyouya pada lawatan sekolah. Dia merancang untuk membawa Kyouya ke Lock Love Tower. Dalam cerita itu, sesiapa yang meletakkan lock mereka di menara itu akan bersama selamanya. Tapi beberahari sebelum lawatan itu, Erika bertanya lagi apa perasaan Kyouya padanya. Sebaliknya Kyouya malah membulinya. itu sangat membuat sakit hati sehingga dia berani menyiram Kyouya dengan segelas air dan berlalu pergi. 

Sejak hari itu, dia merancang untuk berhenti menjadi orang suruhan Kyouya dan memberitahu pada gengnya yang semua adalah satu penipuan. Selepas meluahkan semuanya, Erika akhirnya bersendirian kerana gengnya sangat sakit hati sebab kena tipu. Hanya Kusakabe yang mahu menemaninya berjalan kerana Kusakabe  sebenarnya mencintainya tapi terlambat kerana cinta Erika hanya untuk Kyouya. 

Sewaktu menonton pertunjukkan singa, Keychain yang Kyouya berikan padanya telah terjatuh. Dia memeriksan semua tempat untuk mencarinya semua. pada masa yang sama Kyouya juga mencarinya. Dia memeriksa semua tempat yang Erika rancang untuk pergi dengannya semasa lawatan. Akhirnya dia menemukan Erika sedang mencari keychain itu di tempat sampah. 

Bila Erika give up untuk cinta Kyouya. Lelaki itu malah menhadiahkan dia sebuah rantai dan berkata bahawa Erika adalah miliknya sekaligus menyatakan sebenarnya dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan Erika. 

~The End~

Image result for wolf girl and black prince movie

Image result for wolf girl and black prince movie

Image result for wolf girl and black prince movie

Image result for wolf girl and black prince movie

So guys ... sesiapa japanese movie lover tu boleh la jadikan movie ni sebagai salah satu movie yang korang kena nonton. Jumpa di next entry guys... ada dua movie lagi admin nak nonton ni tapi bukan hari ni la. Okay !! Assignment berlambak kena siapkan ^^






No comments:

Post a Comment