Monday 11 April 2016

Page Turner Korean Drama

Annyeonghaeyo
Assalamualaikum

Hi readers, how are you? admin gwenchana (fine) hehe .. Ok la based on title la kan. selama saya baru lepas nonton drama korea yang berjumlah 3 episod iaitu page turner. 


Page turner ni lakonan Kim So Hyun, Ji Soo dan Shin Jae Ha. Ok ! Biar saya bagi sinopsis based apa yang saya sudah nonton. 9.4.2016 hari tu drama ni dah tamat. hanya ada 3 episod sahaja. Ia menceritakan tentang Yoo Seul (Kim So Hyun) dan Jin Mok (Shin Jae Ha) merupakan pelajar yang berbakat dalam bermain piano. Yoo Seul di tempat pertama dan Jin Mok di tempat kedua. Waktu mereka berdua ni kecil, ibu Yoo Seul pernah mengajar Jin Mok untuk bermain piano tapi dia berhenti kerana sikap Jin Mok yang sombong dan tak mahu kalah dan akhirnya ibunya mengajari Yoo Seul sendiri bila tahu anaknya itu sebenarnya berbakat walaupun dia sendiri tak pernah mengajarinya. 


Pergaduhan itu terbawa sehingga mereka sudah berada di High School. Satu hari selepas Yoo Seul dan Jin Mok habis menhadiri sesuatu pertandingan, Yoo Seul dan ibunya terlibat dalam kemalangan dan pada waktu yang sama Jin Mok sedang berada di gereja memohon doa supaya Yoo Seul di beri pengajaran supaya tak sombong akan dirinya kerana sebelum Yoo Seul terlibat kemalangan, mereka berdua sempat bergaduh mulut. akibat dari kemalangan itu Yoo Seul buta dan Jin Mok pula merasa bersalah kerana berfikir itu semua disebabkan olehnya. 

Jeon Chan Sik (Ji Soo) pula seorang atlet negara yang  mengalami kecederaan semasa berlatih dan dia terpaksa berhenti atas nasihat doktor yang merawatnya. akibat dari itu dia mengalami kemurungan kerana terpaksa meninggalkan perkara yang paling disukainya. Ibunya pula tak tahan melihat penrangai ankanya terpaksa menipu dengan mengatakan bahawa Chan Sik sebnarnya mempunyai satu bakat lain iaitu bermain piano seperti ayahnya untuk menaikan semangat Chan Sik semula. bermula dari hari itu, kisah mereka bertiga bermula. 

Chan Sik dan Jin Mok berebut untuk menjadi bodyguard Yoo Seul memandangkan dia buta. Chan Sik ingin menjadi boduguard kerena ingin belajar di sekolah tersebut manakala Jin Mok pula ingin membantu Yoo Seul untuk menhilangkan rasa bersalahnya tapi Yoo Seul memilih Chan Sik. 


Hubungan mereka semakin rapat dan Jin Mok pula semakin tertekan sehingga dia ingin berhenti menjadi seorang pemain piano. Yoo Seul dan Chan Sik memasuki pertandangan piano di mana salah satu jurinya adalah lelaki Chan Sik anggap sebagai ayahnya dan pada akhirnya kebohongan ibunya terbongkar dan Chan Sik hilang semangat untuk bertanding. dia meminta Jin Mok untuk mengantikan tempatnya atas bantuan ibu Yoo Seul. 

- Tamat - 

Tu la sinopsis yang singkat. sebenarnya nak tulis panjang lagi tapi takut itu bukan sinopsis pula :D Hehe .. Ok la !! See next entry. Entry seterunya adalah boy group terbaru dari agensi SM Ent iaitu  sub unit NCT, NCT U... 

2 comments: